Tips Hiasan Dekorasi ala Negri Inggris

 Bagi anda yang berminat dengan hiasan ala Inggeris dan tidak tahu bagaimana nak bermula, hari ini saya ingin berkongsi tips tentang tatacara menghias kediaman anda agar tampak lebih elegen dengan hiasan ala Inggeris.

 Tips yang perlu ada dalam dekorasi ala Inggris

1. Warna memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dekorasi anda. Bagi yang baru saya syorkan anda gunakan warna pastel – warna tak Nampak striking sangat . Warna-warna seperti Biru muda bagi anda mahukan suasana romantis, manakala warna merah samar bagi anda yang inginkan suasana feminin. 

 Untuk mewujudkan suasana segar dan neutral anda bolehlah gunakan warna hijau krim dan warna Kuning cari bagi mewujudkan suasana vintaj,elegen dan klasik.

2. Perkara kedua yang perlu dititik beratkan ialah penataan dinding, kebanyakan hiasan untuk dinding boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai hiasan rumah, dan ada juga yang dijual secara online. Namun apa yang penting ialah jangan terlalu banyak menghias sehingga menyaratkan atau menyesakkan pemandangan.

 Mulakan menghiaskan dinding seperti koridor, dinding tangga, dapur dan juga tandas agar tampak lebih menarik dan mewujudkan suasana keinggerisan.

3. Perkara ketiga yang perlu anda ambil perhatian ialah aksesori tambahan yang perlu ada dalam mendekorasi hiasan ala Inggeris seperti peralatan dapur pinggan mangkuk, teko, alas meja, sudu dan sebagainya. Seeloknya cari yang sesuai dan menampilkan gaya Inggeris. 

 Berikan hiasan pada ruang tamu, saya sarankan anda cari fabric yang betul padan dengan warna dinding, terutamanya langsir, hamparan permaidani, alas meja, sarung bantal dan dsb. Bagi anda yang sudah ada sofa, anda boleh gayakan dengan sarung bantal yang bertemakan bungaan ala Inggris. Bagi menampakkan ruang lebih menarik, sebaiknya kurangi dengan tema flora yang terlalu rame, coba cari corak polos, kekotak dan bungaan halus sebagai ganti.

4. Perkara keempat ialah hiasan bungaan sebagai memurnikan lagi hiasan ala Inggris anda.  Bungaan yang sesuai perlu dihias disudut tertentu ruang seperti meja makan, dapur, balkoni , mahupun dikamar tidur anda.

5. Perkara kelima ialah pemilihan wallpaper atau kertas dinding yang menonjol dengan ciri ala Inggeris menjadikan kediaman anda serba lengkap dan menarik. 

Tips Hiasan Dekorasi ala Negri Inggris